Idocs Guide to HTML PERCENTAGES SHOW OUTCOME OF PARENTS' VOTES IN FAVOUR OF PPSMI / SK/SMK(SMI) Idocs Guide to HTML 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (1MALAYSIA, PEOPLE FIRST, PERFORMANCE NOW) Idocs Guide to HTML SK/SMK(SMI) - SEKOLAH 1MALAYSIA Idocs Guide to HTML AKTA PENDIDIKAN 1996: .."murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa".. Idocs Guide to HTML SEEK EXEMPTION TO MAINTAIN THE LEARNING OF MATH AND SCIENCE IN ENGLISH Idocs Guide to HTML CADANGAN JENIS SEKOLAH BARU: SK/SMK(SMI) SAINS & MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS Idocs Guide to HTML PARENTS, EXERCISE YOUR LEGAL RIGHTS THROUGH YOUR PTA! Idocs Guide to HTML PAGE ASSISTS SCHOOLS IN SABAH, SARAWAK, PULAU PINANG, MELAKA, PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN & KUALA LUMPUR Idocs Guide to HTML
Idocs Guide to HTML PARTICIPATING SCHOOLS Idocs Guide to HTML Kuala Lumpur: SK Bukit Damansara - 97%; SK Seri Hartamas - 98%; SMK Seri Hartamas - 97% Idocs Guide to HTML Selangor: SK Taman Megah - 97%; SK Assunta 1 - 96%; SK Assunta 2 - 96%; SMK (P) Sri Aman - 94%; SMK Taman SEA - 98%; SK Bandar Sri Damansara 1 - 68% Idocs Guide to HTML Perak: SK (P) Methodist Ipoh - 85% Idocs Guide to HTML Pulau Pinang: SMK St Xavier's Institution - 94%Idocs Guide to HTML Melaka (Jointly endorsed by all 13 YDPs): SMK St Francis; SMK Gajah Berang; SMK Tinggi St David; SMK Canossa Convent; SMK Infant Jesus Convent; SM Catholic; SMJK Tinggi Cina; SM Yok Bin; SMK Tun Tuah; SM Pulau Sebang; Sekolah Tinggi Methodist Melaka; SMK (P) Methodist Melaka ; SK St Francis Idocs Guide to HTML

Saturday, August 1, 2009

PPSMI PAGE Next Step SK/ SMK (SMI)

Watch the latest production by PAGE on PPSMI, featuring our current and past Ministers of Education with special appearances by Tun M and Einstein, also Samad Said, Pinocchio and Mr Katak under the coconut shell.

To view video, click image on left for Part 1/2 and image on right for Part 2/2 below.










Please leave your comments here or on YouTube and forward this to everyone you can think of !


Thank you.


FOR OUR CHILDREN.

52 comments:

Maggie said...

Keep up the good work. We love you PAGE.

Azimah PAGE said...

This includes extracts from PAGE's roundtable presentation in October 2009, upon the invitation of the Ministry of Education. Next change: 4th roundtable presentation - NO censorship!

de minimis said...

Excellent. Very clear and concise articulation of the PPSMI issue. Well done, PAGE!

BeeYan said...

Well done! The points presented are so clear...I hope our MOE will not be BLIND on the 4th roundtable presentation.

Anonymous said...

Kalaulah nanti ada sekolah pilih English sebagai pengantar Sains dan Matematik, ada sekolah yang pilih Melayu, nampak sistem jadi kelam kabut.

"1-Malaysia" bertukar menjadi "Ikut Suka-Malaysia".

Demi Kedaulatan Bahasa Melayu, pemansuhan PPSMI memang tepat. Yang kononnya popular itu tak semestinya betul. Begitu juga yang tidak popular tu tak semestinya tidak betul.

Kerajaan sudah berjanji untuk menaiktaraf penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Tunggu sajalah. Kenapa perlu kecoh sangat?

ppsmi said...

Dear PAGE,
EXCELLENT X 3!Syabas.
Sasterawan should implement Malay Literature & not pick no PPSMI!! Passing BM Language has always and will always be compulsory in Malaysia, so what are they talking about BM going down the drain in future?If they are worried then introduce extra subject i,e MalaY Literature/Arabic/Jawi instead of victimized PPSMI!

webman said...

Ikut Suka-Malaysia sama erti dengan Ikut Suka-Rakyat.
Lebih baik daripada Ikut Suka-Menteri yang Ikut Kata- Pendemonstrasi Jalanan.

ProHonestGovt said...

Tunggulah? State the KPI yr-2-yr when it is converted ?
Cant understand DPM's logic - If the Kg kids prefer in BM (which most teachers are doing anyway, its dwi-bahasa)& still achieve low pass rate, HOW can they be converted into better students when its official BM only? Except making those students good in PPSMI to struggle when COMPEL to answer in BM.
LET the majority in each PTA decides -like what PAGE propose.

Pro PHG said...

Agreed with PHG & another thing!
Apasal lain Kemeterian senyap aje? MoHR, MoSTI, MoHE, MoW, MoH - Kalau setuju, 'sanjunglah' polisi DPM tu BAIK. Esok nanti dapat ganjaran besar.

Netizen said...

Dear Page,
Well done, PAGE!
So, it is still not clear about the objective of MOE to abolish PPSMI.MOE said to bring rural students on par with urban, so in this case the urban students had to sacrifice and wait for the rural to be at par before they switch back to PPSMI.What a waste of resources & time opportunity.By the time the rural is at par with the urban (since urban is forced to slow down without PPSMI), other countries had landed on MARS.Now, we are proud of our angkasawan (but to others only a space tourist,no big deal but we make it big deal).At it is we are already 30 years behind time, without PPSMI we will blasted to stone age when the rural catched up with the urban. We would only be just a walking Bahasa Dictionary in Maths & Science.Space tourist also not qualify as tak tahu bahasa Inggeris, macam mana mau communicate, macam mana mau operate itu rocket?Ada kah rocket manual dalam bahasa?Kalau tak tahu Inggeris dalam technical, macam mana nak faham (jangan lupa bawa Kamus terbitan Dewan Bahasa & Pustaka.)due to those decision makers' ignorance, imcompetency,selfishness & irresponsibility (only for political mileage to gain Malay votes for next GE), the next generasi had to suffer. MOE should mitigate the problem and not deprived the students, by training and sending more competent qualified teachers (local & foreign) to meet the objective of PPSMI.They increased the polis force but they do not increase the teaching force which is more important.With better education means less social problems and less polis force needed in the long term.

Anonymous said...

Apa yang dinyatakan oleh Menteri sebelum ini sangat jelas. Dalam masa 20-30 tahun kalau dilaksanakan PPSMI, Bahasa Melayu akan pupus.

Bayangkan kalau pelajar di peringkat rendah mengira dan membaca dalam bahasa Inggeris. Apa akan jadi bila mereka berada alam pekerjaan. Mesyuarat rasmi, perbincangan teknikal, kertas kerja, sudah tentu dalam Bahasa Inggeris.

Di mana letaknya mana Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan?

Pro PHG said...

Anonymous ooi, Kemajuan Bangsa itu BUKAN terletak pada Bahasa nya, tetapi kpd tamadun teknologi nya. Lihat Indonesia & Siam yg peragungkan lebih dari Bahasa, hingga nama pun dipaksa turut. Dimana mereka? kalau takde puak lain (yg kontrol 90% ekonomi), hancus.
Sekarang ni Dunia Informasi-semuanya Internet.
Bahasa Perancis&Jepun, boleh kata megah tetapi luarnegeri takleh guna, itu pun boleh tahan kerna 'welfare state'. Kite edak weh.

Azimah PAGE said...

Menteri akan mencari hampir 14,000 guru untuk menaiktaraf bahasa inggeris. Bahagikan kepada 10,200 sekolah, setiap sekolah akan mendapat satu paling banyak dua orang guru. Adakah ini akan mencapai objektifnya? Saya khuatir. Dan ini akan menelan belanja RM5bilion titik peluh duit rakyat! Hairan...

Anonymous said...

Pro PHG,

Bahasa merupakan IDENTITI/MARUAH sesuatu bangsa. Kalau tidak masakan disebut BAHASA JIWA BANGSA.

a) Menggadaikan IDENTITI/MARUAH demi mengejar kemajuan, adakah kita yakin tidak akan menyesal suatu hari nanti?

b) Mengekalkan IDENTITI/MARUAH tetapi menjadi ketinggalan, juga tidak ke mana.

Segala-galanya mestilah seimbang.

Merujuk kepada a), itupun kalau kemajuan yang dicita-citakan menjadi kenyataan. Kalau yang tinggal hanyalah impian, lagi pula IDENTITI/MARUAH hancur musnah, jadi Pak Kadoklah kita. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Jadi, apa yang menjadi wawasan kerajaan iaitu mempertahankan bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris tetap satu iltizam yang tepat.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Datin Azimah,

Secara peribadi, saya berpandangan
PAGE tidak perlu menongkah arus. Sebaliknya, PAGE bergerak seiring dengan kerajaan untuk mencapai matlamat. Bantu dari segi kepakaran dan sebagainya.

Barulah dinamakan situasi menang-menang.

Pro PHG said...

Begini lah. Saya sebenarnya tidak menafikan apa yang dihajati oleh tuan adalah murni. Biarlah ahli sastrawan bijaksana memertabatkan bahasa. Buatlah penterjemahan serba ilmu utk menjana bahan rujukan anak bangsa. Buat rujukan KPI, jangan pandai cakap & merusuh tapi hasilnya tak kemana.
Tetapi saya berhak buat PILIHAN juga, saya mahu anak belajar S&M dalam bahasa perantaraan sedunia.
Baru seimbang kemajuan negara, nama nya.
Hanya berkongsi pendapat ya, rakan2 Perancis saya yg mengagungkan bahasa mereke tu, sebenarnya bisa fasih bertutur 2-3 bahasa lain.
Orang kite ni, 'dihina' jika berbahasa lain, yg sayangnya kerna boleh praktis setiap hari dgn rakan sekolah. Pasaran China dan India adalah terbesar didunia, bayangkan potensi komersial nya.

webman said...

Terima Kasih kepada Anonymous kerana berbudi bahasa ketika berbicara.

Tulisan anda:
Bahasa satu identity/maruah bangsa.
Di mana letaknya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan?

Pakaian pun satu identity/maruah bangsa.
Di mana letaknya kain sarong dan Baju Melayu sebagai Pakaian Kebangsaan dalam alam pekerjaan?

Mesyuarat rasmi, perbincangan teknikal, kertas kerja, semua pakai baju kot dan tali leher dari dunia barat. Hanya acara rasmi kerajaan dan Hari Raya aje yang tinggal pakai baju melayu. Hari kenduri pun tuan rumah aje pakai.

Adakah awak atau Muhyiddin Yassin kurang keMelayuanmu dalam pakaian barat harian ini.

Sebagai orang Melayu Islam kita Islam Dahulu Melayu Kedua.
Hilang lenyappun bahasa Melayu di dunia ini anda mungkin tidak akan dipersoalkan di akhirat nanti.
Tetapi jika hilang ilmu, bangsa dan agamamu akan ditindas dan dijajah oleh agama lain. Persoalan yang menanti. Dimana kewajiban fardu kifayahmu?

Wallahua'lam

Anonymous said...

Pro PHG,

Rakan-rakan Perancis saudara itulah yang patut dijadikan contoh. Mereka mengagungkan bahasa ibunda, dalam masa yang sama menguasai bahasa asing.

Masalah *dihina* sekiranya berbahasa lain, bukan hanya sekarang tetapi sudah lama. Itulah perangai buruk masyarakat kita. Berhasad dengki. Inipun sedikit sebanyak menjejaskan kita.

Masyarakat kita juga bukanlah pencinta ilmu. Sebaliknya pencinta hiburan. Rancangan TV keluaran tempatan kebanyakkannya langsung tidak memberikan anjakan kepada pemikiran. Kalau menjadi artis diwar-warkan boleh jadi kaya raya, buat apa susah payah mencari ilmu. Kalau pandai guna *jalan singkat* untuk senang, kenapa perlu *jalan jauh*?

Inisiatif kerajaan juga selalunya lebih kepada *memberi ikan* sedangkan lebih sesuai supaya *memberi kail dan umpan*.

Saya tidak nampak faktor bahasa menjadi penyebab utama kita tidak boleh maju. Banyak faktor lain seperti kecenderungan masyarakat, fungsi media, kurangnya inisiatif oleh kerajaan dan sebagainya.

Anonymous said...

Saudara webman,

Adakah Allah zalim, menjadikan kita berbangsa tertentu (contohnya Melayu) dengan bahasa tertentu (contohnya Bahasa Melayu) supaya kita terus mundur dan ditindas?

Tujuan Allah menjadikan berbagai bangsa dan bahasa adalah untuk kita saling mengenali supaya dengannya kita dapat mengakui kebesaran Allah serta nikmat yang diturunkan kepada semua umat manusia.

webman said...

Allah menjadikan setiap manusia dengan akal fikiran.

Kemunduran sesuatu bangsa itu disebabkan kejahilan bangsa itu sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu kecuali ia sediri berusaha mengubahnya.

Jangan kita cuba nak salahkan Tuhan pula. Budak Darjah Satu pun tahu yang Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyang. Maha Zalim bukan satu daripada sifat atau namaNya

Anonymous said...

Kalau kita mengatakan kita tidak maju sebab kita berbahasa Melayu, samalah kita seperti menyalahkan Tuhan. Sedangkan banyak faktor lain.

Itu budak darjah satupun tahu. Maaf ya!

Pandak Akat at BG said...

Saya setuju S & M dlm bahasa inggeris.
Kalau nak daulatkan BM nyapa sekolah Cina & India S & M dlm Bahasa ibuda.
"SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA'
Anda perlu sokong

aah said...

An excellent video clip,please transfer it to www.kmu.net. Thanks

Unknown said...

Well done PAGE...appreciate the proactive stand you're taking. You represent the concerns of parents nationwide and the voice of the silent multitudes too!

sujini said...

Datin Azimah,

1. Bukankah Menteri Pelajaran sudah menyatakan bahawa keputusan sudah muktamad dan kita harus patuh kepadanya?

2. Bukankah menghormati dan patuh kepada undang-undang pemerintah itu ajaran Islam?

3. Kenapakah SKBD dan sekolah anak-anak ahli PAGE harus diberi pilihan dan diberi keutamaan?

4. Adakah sebab anak-anak ahli PAGE ini bertutur bahasa inggeris 24/7 di rumah dan dimana jua mereka berada, maka mereka tidak akan faham jika Sains & Maths diajar dalam bahasa lain?

5. Adakah sebab anak-anak ahli PAGE ini daripada keluarga yang berada dan mempunyai serba serbi kemewahan , seperti PC, Laptop, iPod , Walkman, handphone yang boleh layar web, dan rangkaian Internet di rumah?

6. Adakah di rumah ahli-ahli PAGE mempunyai kemudahan perpustakaan atau pun mempunyai bertimbun-timbun buku Maths dan Sains dalam apa jua bahasa ?

7. Sebelum PPSMI dikuatkuasakan adakah murid-murid yang mempelajari Sains dan Maths dalam bahasa Melayu gagal dalam UPSR , PMR dan SPM mereka?

8. Adakah sebab Tun Dr Mahathir yang menjadi pengasas PPSMI ini , maka segala buah fikirannya dianggap betul belaka?

9. Kalau tiada bukti menunjukkan pembelajaran mata Maths dan Sains sebelum PPSMI dikuatkuasakan, adalah punca kepada pelajar-pelajar mundur dalam bidang Maths dan Sains kenapa perlu diubah?

10. Ibarat ungkapan inggeris, " Why the need to mend something when it's not broken?"

11. Mengapa perlu dicanggah Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa penghantar rakyat Malaysia?

12. Sebagai contoh saya ada seorang anak saudara yang semasa dia menduduki UPSR pada tahun 2007, dia belajar Maths dan Sains dalam bahasa Melayu. Dia memperolehi 5A. Dia juga pandai menggunakan abacus untuk mengira.

13. Satu lagi contoh , kedua-dua anak lelaki saya belajar Sains dan Maths termasuklah lain-lain mata pelajaran dalam bahasa Melayu semasa di bangku sekolah (1995-99).

14. Mereka berdua tidak menghadapi sebarang halangan akibat daripada peralihan bahasa penghantar dari bangku sekolah sehingga ke IPTA.

15. Maka pendek kata, asalkan murid-murid mempunyai guru-guru Maths dan Sains yang cekap mengajar, bertauliah , dan berdedikasi, saya percaya tidak kira apa pun media bahasa penghantar yang digunakan , mereka boleh menjadi penuntut yang cemerlang.

16. Seperkara lagi, pernahkah ahli-ahli PAGE bertanyakan anak-anak mereka samada mereka betul-betul minat kepada mata pelajaran Maths dan Sains atau mereka terpaksa menunjuk minat semata-mata kerana desakan ibu bapa?

17. Namun saya rasa PAGE boleh berkompromi dengan meminta Menteri Pelajaran mencetak buku teks Maths dan Sains dalam dwi bahasa iaitu dalam bahasa Melayu dan inggeris. Dengan cara ini semua sekolah kebangsaan boleh mengguna buku teks yang sama. Ini boleh mengurangkan perbelanjaan mencetak.

18. Sekiranya perjuangan PAGE tidak berjaya, ikut sajalah cadangan Kem.Pelajaran untuk menambahbaikkan pembelajaran bahasa Inggeris. Ibu bapa bertuturlah bahasa Inggeris 24/7 dengan anak-anak. Kalau nak ajar anak mengucap dalam bahasa inggeris pun boleh.

19. Apabila sampai dialam Universiti nanti kalau ada buku-buku rujukan Maths dan Sains dalam bahasa Inggeris, sudah semestinya tidak menjadi halangan kerana sudah pun menguasai bahasa Inggeris.

20. Kalau masih tidak berpuas hati, hantarlah anak-anak ahli PAGE ke sekolah antarabangsa atau pun ke sekolah jiran di Singapura. Singapura adalah salah satu lima negara di Asia yang selalu menduduki tempat lima teratas dalam peperiksaan TIMSS yang bertaraf dunia.

21. Saya pasti ibu-bapa murid-murid SKBD dan ahli-ahli PAGE mempunyai kemampuan, betul tak?

Akhir sekali saya mohon maaf sekiranya soalan-soalan dan cadangan-cadangan saya diatas agak terlampau dan tidak boleh diterima oleh ahli-ahli PAGE dan ibu bapa murid-murid SKBD.

Terima kasih.

Azimah PAGE said...

Saudari Sujini,

Terima kasih atas pandangan anda. Izinkan saya menunaikan solat maghrib dan 'isya sebelum saya memberi jawapan.

webman said...

Saudara/saudari Sujini

Keputusan oleh Menteri Pelajaran tu bukanlah satu fatwa yang wajib kita patuhi. Ianya satu keputusan atas desakan politik dan alasan yang diputar-belit dan tidak berasas.

Ianya bukan untuk kebaikan anak-anak Malaysia yang akan bersaing di dunia yang semekin mencabar. Anak-anak awak setakat nak jadi jaguh kampung tu oklah. Kita nak anak-anak kita pergi jauh menerokai dunia teknologi di persada antarabangsa.

From your writing, I can only conclude that you are a Melayu with a very high PHD (perasaan hasrat denki). Yang kau dengki sangat kat orang di sekolah bukit damansara tu apa hal.

Kita pun asal dari kampung. Saya dari kampung di Sarawak, Ayah saya walaupun hidup susah tetapi berwawasan dan berpandangan jauh dan mendaftar saya di missionary school di bandar. Jadi saya kena naik sampan dan berjalan kaki, satu jam baru sampai sekolah, balik berjalan dalam panas terik hari hari sebab nak menuntut ilmu di sekolah orang putih. Walhal sekolah di kampung lima minit aje dari rumah.

Hasilnya hari ini anak-anak saya dapat ke sekolah di Bukit Damansara dan hampir kesemua kawan-kawan kampung yang lain menyesal sebab tidak dapat peluang ke sekolah di bandar.

Jadi kini saya inginkan peluang yang sama diberikan kepada semua anak-anak di Malaysia ini. Kita tak ada kepentingan politik seperti Menteri atau kepentingan kontrak seperti orang pejuang Bahasa. Kalau kita tak kuat jiwa bangsa, kita tak buat semua kerja ni. makan banyak masa, makan banyak wang dan makan banyak tenaga diri kita. Semuanya untuk bangsa dan negara yang kita cintai.

Dan kemungkinan besar awak ni tidak pandai sains dan math di bangku sekolah dan tidak dapat masuk jurusan sains dalam sekolah menengah dan mengambil pelajaran yang mudah seperti Bahasa atau Sastera. Seperti Menteri Pelajaran kita, apa locus standing anda untuk menentukan bahasa untuk sains dan maths.

Saya dari jurusan kejuruteraan di universiti di UK dan Masters di London. Saya ada locus standing untuk faham keperitan yang akan dihadapi oleh bakal jurutera dan professional teknikal yang lain.


Sebenarnya blog ini disediakan bukan untuk kita bertengkar dan mengutuk sama kita (saya minta maaf ya) We WANT TO MOVE FOREWARD.

Minister dah “imply” orang kampung “bodoh” tak pandai belajar dalam bahasa Inggeris. Kita dah terima pun alasannya sebab “we can argue till the cows come home” dia tak kan dengar sebab dia hanya fikir peti undi dia di kampung.

Bagi kita di bandar we want to move foreward. Dalam demokrasi suara yang minority pun kerajaan kena dengar. Apatah lagi silent majority. We want SK (SMI) and SMK (SMI) So this blog is set up to facilitate that purpose.

Jadi kalau saudara nak beri komen yang membina, silakan. Nak kritik kita tak payahlah. Kerja awak sudah selesai. Tak payah merusuh dijalanan lagi.

Jadi biarkanlah kami mengumpul suara dan bilangan kami dengan cara yang aman dan bertamadun menerusi alam maya ini.

Sekian Terima Kasih

pejuang ilmu said...

webman, hujah saudara sungguh tepat. Kita ini patutlah hormat-menghormati pandangan satu sama lain. Kalau ada golongan, seperti Sujini, yang ingin suka pembelajaran dlm BM, kita hormati. Tapi janganlah pasal perasaan dengki menyekat kebolehan yang lain.

Kerajaan haruslah menjalankan dasar dengan adil dan saksama. Kan alasan yang diberi of Muhyiddin ialah pembelajaran di dalam Matematik dan Sains adalah lebih efektif dalam bahasa ibunda. Golongan bahasa ibunda mandarin, tamil dan melayu dah ada sekolah masing-2 (SJKC, SJKT, SK). Apa pasal golongan bahasa ibunda inggeris dipinggirkan. Adakah salah jikalau anak-anak kita di bandar berbahasa inggeris.

Saya adalah seorang bapa cina dan bahasa ibunda saya adalah hokkien. Tapi saya fasih dalam BM dan Inggeris. Anak-2 saya pulak, bahasa ibunda mereka ialah inggeris dan bersekolah di sekolah SK, P.Jaya bukan Bukit Damansara. Tapi mereka boleh berbahasa BM dan mandarin dan hokkien. Apa salahnya jika anak-anak kita nak belajar dalam bahasa inggeris. Adakah adil jika golongan yang tidak boleh ikut PPSMI,kita pinggirkan yang boleh. Janganlah sampai "Marah nyamuk bakar kelambu"!

Kan PM dah kata, "the days that the government best is over"! Seperti pepatah inggeris, "one man's food is another man's poison". Janganlah paksa silent majority ikut dasar yang sesuai di dalam dunia globalisasi. Globalisasi kan lwbig senang difaham kalau dibandingkan dengan terjemahan DBP!

CPLee said...

Using dwi bahasa in teachng and communication is the reason for the decline in language usage. We end up neither here nor there. When we were in school in the 1960/1970s, it is either English or Bahasa Malaysia. The teachers did not compromise. Eventhough we had only Bahasa Malaysia as the only subject in Bahasa Malaysia, our teachers only spoke in BM. One can go on and on to talk about the status of BM in the constitution, but we are not talking about compromising its status. The status of BM is compromised when we used English especially for technical terms. Why do we have to use "aloi" for "alloy" ? And "enkuest" for "inquest" ? Is it so wrong to be good in both BM and Englsh ? Why do we want to burden the children with English Literature ? The decision is so obvious that it is a political compromise. If we want to as one nation and one people, we should have only one education system. Again, isn't it obvious that it has been a politic decision ? Many people may not have realised that Singapore has only one education system an even with its Chinese majority population had done away with chinese medium schools. Can we not envision a national education system with BM as the main language of instruction with Science and Mathematics being taught in English which gives every single child to excel in both languages. What's so wrong about this ?

Azimah PAGE said...

Saudari Sujini,

1 Sila rujuk Berita Harian 14/7/09: Perdana Menteri berkata "Syor sekolah di bandar guna PPSMI dikaji".

2 Islam mengajar kami berfikir.

3 PAGE berjuang untuk semua anak Malaysia.

4 Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu (lingua franca) Sains & Matematik.

5 Kementerian Pelajaran telah menyediakan paling kurang 10 unit komputer internet akses untuk setiap sekolah dengan pesanan kepada pelajar supaya jangan tunggu guru & ibu bapa mengajar. Belajarlah sendiri kerana pelajar mampu.

6 99% ilmu sains dan matematik adalah dalam bahasa inggeris.

7 Mengikut data Kementerian Pelajaran yang dibentangkan di persidangan mejabulat tahun lepas, PPSMI telah berjaya meningkatkan kadar kelulusan dan menurunkan kadar kegagalan semua pelajar.

8 PPSMI adalah satu dasar kerajaan yang amat baik dan perlu disokong. Adakah saudari membantah dasar kerajaan tersebut?

9 Politik.

10 "It broke on the 8th of July."

11 60% waktu p&p di sekolah kebangsaan adalah dalam bahasa melayu. Bagaimana dengan peratus bahasa melayu di SJKC dan SKJT?

12 Anak puan seorang yang bijak. Tahniah.

13 Mereka tiada pilihan. Sekarang, rakyat meminta diberi pilihan. Adakah suara rakyat Malaysia tidak didengari oleh jemaah menteri?

14 Mungkin dengan PPSMI, pelajar-pelajar boleh melangkah lebih jauh, bukan sahaja ke IPTA malah ke tempat-tempat pengajian tinggi yang lebih berprestij dan berantarabangsa, untuk menuntut ilmu sains & matematik dalam bahasa inggeris dengan lebih mendalam.

15 Saya juga berharap guru-guru tidak akan menghampa & mengecewakan ibu bapa dan anak-anak Malaysia sekali lagi.

16 Ramai anak-anak Malaysia sudah selesa dengan sains & matematik dalam bahasa inggeris.

17 Jika PPSMI dikekalkan, tiada perbelanjaan tambahan dikenakan. Duit rakyat selamat digunakan untuk keperluan dan kemudahan guru.

18 PPSMI kononnya dimansuhkan kerana hendak memartabatkan bahasa melayu. Tetapi kenapa kini bahasa inggeris, (bahasa mandarin & juga tamil) dimemartabatkan? Saya hairan.

19 Sekarang, penguasaan bahasa inggeris tidak akan jadi halangan lagi. Kenapa tidak sahaja kekalkan PPSMI?

20 Kami terlalu cinta kepada Raja & Negara. Kami tidak akan lari.

21 Malangnya, ramai warganegara Malaysia telah dan akan melarikan anak-anak mereka ke negara asing termasuk kakitangan kerajaan.

Harapan saya agar saudari seisi keluarga akan berjaya dengan sepenuhnya menghadapi segala cabaran. Syabas.

CPLee said...

Tak payah lari jauh. Singapura sedang memancing "talent" Malaysia dengan Asean scholarship. Kerugian negara kami tapi keuntungan negara lain

sujini said...

Datin Azimah dan Webman,

Wow....hebat betul pejuang PAGE.

Saya bukan seorang yang berhasrat dengki.
Saya cuma beri pandangan peribadi saya.

Webman, saya faham macam mana hidup di kampong.

Saya pernah duduk di Kg Tandek, sebuah kampong pendalaman di Sabah yang dulunya mengambil 3 jam untuk sampai dari KK.
Tetapi sekarang ini sudah 2 jam saja sebab kerajaan BN telah membuat Jalan Raya dan memendekkan perjalanan ke kampong suami saya.

Saya pernah tidur di rumah panjang disalah satu perkampongan di Sarawak semasa saya bekerja dahulu.
Saya pernah diberi air tapai pun. Tetapi tidaklah sampai memabukkan.

Baguslah, webman ada Masters dari London dalam kejuruteraan.

Saya cuma ada degree dalam Electrical and Electronics dan saya pergi belajar di kampong Brighton saja.

Tetapi saya hairanlah, kalau PM nak memperjuangkan 1Malaysia, mengapa sekolah di bandar akan dapat layanan lain daripada sekolah di kampong?

Bukankah ini akan menimbulkan jurang perbezaan pendidekan dan sosial yang besar?

Bukankah ini umpama memperlekehkan anak-anak yang bersekolah di kampong dan akhirnya menimbulkan prejudis dikalangan anak-anak kampong dan anak-anak di bandar?

Itukah matlamat webman?

Saya rasa pemansuhan PPSMI bukan menjurus kepada sokongan politik mahu pun bertujuan meraih keuntungan.

Saya rasa ini adalah membetul balik kesilapan yang telah dibuat pada tahun 2003. Itu saja.

Datin Azimah, walaupun bahasa Inggeris itu bahasa ilmu (lingua franca) tetapi tahu tak, bahasa inggeris banyak meminjam bahasa lain , contohnya bahasa Latin.

Tahukah ahli-ahli PAGE, tamadun dan bangsa mana yang mula-mula berjinak dengan ilmu Maths dan Sains?

Bukan bangsa Inggeris atau pun bangsa Eropah yang lain, tetapi bangsa Arab. Tamadun ARAB lah yang mula-mula mengenalkan ilmu Maths dan Sains dalam masyarakat mereka.

Tetapi dengan kerakusan orang-orang Eropah mereka telah meniru dan kononnya merekalah yang pengasas segala ilmu Maths dan Sains. Orang-orang Eropah membelajar bahasa Arab dan menukarkan kepada bahasa Latin. Datang orang Inggeris menukarkan kepada bahasa mereka.

Maka dengan itu apa salahnya kita di Malaysia mengalih bahasakan ilmu Maths dan Sains ini kepada bahasa Melayu?
Apa, teruk sangatkah bahasa Melayu?

Kalau ya pun Bahasa Melayu tak de standard (as what the PPSMI introducer thinks ), bukankah lebih baik kalau diperkasakan Bahasa Melayu?

Kita titik beratkan pengalihan bahasa inggeris ke bahasa Melayu.

Apa guna adanya Institiut Terjemahan Negara?

Apa guna adanya Dewan Bahasa?

Apa kurangnya juru bahasa-juru bahasa di Malaysia ini?

Sekiranya kita tidak menghormati dan menyayangi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan maka akan matilah bahasa itu dan lenyaplah bangsa Melayu.

Saya tidak salahkan PAGE atau ibu bapa murid-murid SKBD.
Saya salahkan orang yang memperkenalkan PPSMI ini.
Kerana orang ini terlalu nak mencapai bintang di langit , sehinggakan bumi di bawah kering kontang.

Namun begitu, saya menghormati perjuangan PAGE dan sekiranya berjaya , baguslah. Tetapi ingat, janganlah kita hidup bermasyarakat seperti aur dan tebing , melepaskan pucuk masing-masing. Ini bukan menjurus kepada perpaduan dan 1 Malaysia seperti yang diuar-uarkan oleh PM.

Nasihat akhir saya , kalau perjuangan PAGE adalah ikhlas dan jujur , perjuangkanlah 1Sekolah, 1Bahasa, kan lebih baik?

Maaf jua dipinta.
Terima kasih.

Anonymous said...

Walaupun PPSMI dihapuskan, tiada halanganpun bagi anak-anak sesiapa untuk maju dalam Bahasa Inggeris.

Penyokong PPSMI juga yang kata kata dalam internet banyak bahan rujukan dalam Bahasa Inggeris.
98%? 99%? Apa lagi? Sekolah antarabangsapun ada. Demi masa depan anak-anak, apa salahnya dikorbankan wang untuk pendidikan. Takkan masih nak mengharapkan subsidi kerajaan.

Anda boleh pastikan anak-anak anda boleh pergi jauh tanpa menyusahkan orang lain:

a) Guru-guru yang cakap Inggeris pun tidak fasih, tetapi terpaksa juga mengajar.
b) murid-murid yang lebih mudah menerima pengajaran dalam bahasa ibunda,
c) kerajaan terutama Kementerian Pelajaran yang terpaksa buat sekolah, kurikulum, kertas peperiksaan berbeza. Tetapi lebih besar lagi, PPSMI sebenarnya bercanggah dengan perlembagaan. Takkan kerajaan pulak buat sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan.

Takde kena mengena dengan peti undi kat kampung dan sebagainya. Itu hanyalah timbul dari syak wasangka.

Kemenangan besar masa PRU 2004 bukan sebab sokongan ke atas PPSMI, tetapi disebabkan oleh Tun Mahathir sudah tidak berkuasa. Tun Mahathir juga yang menjadi pelaksana PPSMI.

Pro Honest Govt said...

Wahai Sujini,
Sebenarnya saya nak bidas byk pendapat anda yg tonggang terbalik. Tetapi memadai jika saya secara peribadi menyatakan, anda KELIRU.
Yang dipersoalkankan ni bukan B.I. sebagai satu mata pelajaran, tetapi pembelajaran S&M dalam Bahasa Perantaraan SeDunia;
Seperkara lagi biarpun MoE beri B.I.,1-2jam lebih seminggu, had mana peningkatan penguasaan yg diharapkan, jika alasan yg diberi 'pendedahan yg diberi selama ni tak mengcukupi'. Keadaan takan berubah byk dan gurunya masih kurang penguasaan (alasan diberi guru ni pun juga belajar dlm BM dari Thn.1 & skrg ni kena impot guru 'Mat Saleh'mengajar diKgTandek - KECOH).
Pokok pangkalnya adalah SISITEM PENDIDIKAN. Kerna era sebelum PPSMI dulu, yg mahir B.I.(tak kisah drp kg.tandek, Swak mahupun bdr) BANYAK kerja koporat, mereka yg harapkn B.M. jadi guru atau sektor kerajaan lain. KEBANYAKAN NYA.

sujini said...

Datin Azimah , izinkan saya menjawab pertuduhan ProHonestGovt.

Ya, munkin saya KELIRU.
Munkin juga pendapat saya tunggang terbalik.

Pada mulanya , saya pun berpendapat bahawa PPSMI ini baik , kerana berpandukan kepada alasan-alasan yang diberi oleh Tun Dr Mahathir.

Tetapi, bila saya fikir masak-masak bukankah ini isu bahasa sebenarnya? (tak kisahlah BM atau BI)

Cuba duduk bersandar, hilangkan perasaan marah dan berfikir dengan rasional.

Sebelum PPSMI, adakah anak-anak Melayu mundur dan tercicir disebabkan pembelajaran M&S dlm BM?
(Before PPSMI, the school-going children studying M&S in BM were doing fine. Pse produce statistics, if otherwise. Maybe PAGE has already got these statistics with them, I don't know).

Janganlah pandang rendah kepada Bahasa Melayu.
BM adalah diantara 10 bahasa teratas yang dituturkan di dunia.
BI BUKANLAH bahasa yang teratas, tetapi Bahasa Mandarin. BI adalah yang kedua teratas.

Tahukah anda Bahasa Melayu diajar di Universiti-Universiti di Eropah, Australia, New Zealand dan juga di Asia?
Universiti Cambridge, Universiti London adalah diantara yang mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu Bahasa Asing.

Kalau penterjemah dan pentafsir Al-Quran boleh mengalihkan bahasa Arab (Kata-kata Allah Swt) kepada bahasa Melayu, kenapa tidak kita mengalihkankan bahasa manusia yg lain kepada bahasa Melayu?

Kalau ProHonestGovt bersifat sinikal terhadap langkah Kem.Pelajaran hendak menambahbaikkan subjek BI, itu isu lain.
Munkin PAGE boleh menjadi badan pemantau dalam hal ini. Saya rasa itu lebih afdal.

Kalau pandangan ProHonestGovt bahawa KEBANYAKAN mereka yg mahir BI bekerja sebagai koporat dan yg mahir BM jadi guru atau bekerja di sektor kerajaan saja, itu saya tidak boleh nak komen.

Sebab dulu saya bersekolah menggunakan perantaraan BI tetapi saya bekerja dengan Kerajaan juga.

Akhir sekali kepada Blogger PAGE dan pembahas-pembahas PRO-PPSMI , saya hendak anda semua melayari web di bawah ini mengenai kajian yg dibuat melalui TIMSS .

http://www.timss.org

Hayatilah dan buat kesimpulan sendiri.
Terima kasih dan sekali lagi mohon maaf jika terkasar bahasa, terlebih bicara.

Anonymous said...

Antara Muhyiddin Yassin dan Hishamuddin Tun Hussein, dari segi kredibiliti, jauh lebih hebat Tan Sri Muhyiddin (berani buat keputusan, berkarisme) walaupun beliau sebenarnya mempunyai hubungan yang baik dengan Tun Mahathir.

Tapi bagi PAGE, Hishamuddin Tun Hussein ada lebih kredibiliti. Mungkin sewaktu memegang portfolio Menteri Pelajaran, Hishamuddin dilihat seperti mempertahankan PPSMI (senada dengan PAGE). Harus diingat, ada beza antara:

a) mempertahankan PPSMI atau
b) tidak berani nak buat keputusan mengenai nasib PPSMI.

Saya rasa Hishamuddin tak berani nak buat keputusan. Persidangan Meja Bulat sampai berapa kali? Itupun siap kata kenapa setelah 6 tahun? Padahal ternyata beliau berbohong kerana bantahan terhadap PPSMI bermula sejak tahun pertama.

Ada beliau komen apa-apa mengenai PPSMI selepas melepaskan portfolio Menteri Pelajaran? Yang masih bersuara hanyalah Mukhriz Tun Mahathir.

CPLee said...

Hishamuddin ada pernah kata PPSMI akan diteruskan di peringkat sekolah menengah. Kemungkinan di sekolah rendah, BM dan bahasa ibunda akan digunakan. Tidak adil mengatakan beliau tidak berani buat keputusan sebab keputusan tidak buat oleh kabinet bukan menteri seorang sahaja. Saya rasa keputusan dibuat mengikut suasana politik dan adalah satu kompromi untuk satu tujuan iaitu untuk memancing undi. Selepas satu minggu keputusan memansuh PPSMI, barulah MCA megatakan PPSMI dikekalkan di sekolah menengah. Pelajar SJK (C)dan SRJK T) akan menjadi mangsa sebab mereka akan belajar sains dan matematiks dalam Bahasa Cina/Tamil, dalam BM di peringkat menengah dan BI di tingkatan 6 dan seterusnya. Ini merupakan sistem lama tetapi pelajar dari SJK diwajib mengikut satu tahun kelas peralihan sebelum tingkatan satu. Pelajar dari bandar (tidak kira bangsa) dangan kemungkinan besar akan "catch-up" dengan tuisyen. Adakah pelajar dari luar bandar akan mendapat peluang ini ? Begitu juga dengan pelajar Sekolah Kebangsaan bila sampai tingkatan 6/matrikulasi dan kolej/universiti. Macam mana mereka akan "switch-over" dalam tempoh yang singkat dengan istilah teknikal/sains ?

Keang said...

What's this? Gahmen barred the PIBG meeting of SMK Seri Hartamas! From Malaysiakini:-

Parents of SMK Seri Hartamas students are fuming over a directive to bar a meeting to voice their opposition over the reversal of the policy to use English as the medium of instruction for science and mathematics.


The Parents-Teachers Association's (PTA) extraordinary general meeting was supposed to have been held in the school compound this morning, but the Education Department, through the school, had ruled the meeting null and void.

As the decision was handed orally to the PTA late yesterday afternoon, many parents were not informed and gathered at the school gates, only to be disappointed.

Though unable to hold the meeting, the parents were however able to witness one agenda of the intended EGM, which was to count ballots slips from parents stating whether they wanted the teaching of science and mathematics to continue in that school.

Of the 553 ballots counted, an overwhelming 97 percent were in favour. A total of 1,310 ballot slips were issued to students to hand over to their parents.


PTA president Salmah Abu Bakar (pic: left) said the results of the poll would be forwarded to the Prime Minister and Education Minister along with an appeal.

"We want to tell them that the teaching of science and mathematics in English is good for this school. We want to be exempted," she said.

Salmah said many parents sent their children to this school because of its high standard of teaching in English, thus the PTA wants status quo maintained.

'EGM by the book'

PTA deputy president Azimah Abd Rahim said the EGM was called "by the book" and there was no reason for the authorities to bar the meeting.

"We understand that PTAs in many schools nationwide want to hold similar EGMs and they are facing the same problems. We hope they would be allowed to do so," she said.


According to Azimah, there was no written instruction stopping them from holding the meeting and teachers did not take part in the PTA's activity today.

PTA committee member Mazidah Mohd Zin said she was worried that her child who had learnt science in mathematics in primary school, would have to revert to Bahasa Malaysia just two years before sitting for Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

She is concerned that her child would have problems adjusting in such a short period of time and is hopeful that the government would consider the PTA's appeal.

Another parent, Yee Li Li, said that she has two children in the school, and the youngest, now in Form 1, had urged her to act as she had already undergone six years of primary schooling in English for the two subjects.

"I'm representing my daughters who themselves are opposed to the language switch," she said.

CPLee said...

Wow ! 97% from Sri Hartamas. The government should not deprive the children from progressing whether from urban or rural areas. Just because some are not progressing fast enough does not mean that some others must also slow down for them to catch up. Government must look into ways to help the slow ones catch up. Suggest that all parents whose children are affected by the policy be given a chance to vote. We cannot let the politicians and so-called nationalist educationists decide for our children. We are talking about the future generation and future of the country.

Anonymous said...

Saya berpendapat orang orang yang anti PPSMI sememangnya lacking maturity dan less intellect serupa dengan jaguh kampong. Hujah-hujah mereka ini amat trivial dan tidak masuk akal bagi orang yang intellectual.

Ingat, "What you sow is what you reap"

Azimah PAGE said...

Saya telah menghadiri 3 dari 6 persidangan mejabulat tahun lepas. Tidak sekalipun isu sekolah menengah kebangsaan dibangkitkan cuma sekolah rendah. Semua parti bersetuju bahawa SMK harus kekalkan PPSMI. Oleh kerana ini, para ibu bapa SMK mesti bertindak dengan cepat.

Anonymous said...

Orang intelek takkan mengaku mereka intelek. Ha Ha!

Anonymous said...

PAGE is making a commendable effort to put across the voice of the those who have no access to the mainstream media.

For the next step, and to take the issue to a higher level of deliberation, PAGE should register a Federation of Malaysian Parents Teacher Associations (FMPTA).

This will enable the consolidation of the position PTAs nation-wide in regard to PPSMI.

There is room for change in the policy, especially in regard to proposal to retain the medium of English for secondary schools for Science and Mathematics.

Unknown said...

One other option is to have all schools offer Science and Maths classes in English or in BM. Just like in Form 4 students get to opt for Science and Maths stream according to their preferences, we can have classes that offer Science and Maths in English and classes that offer Science and Maths in BM. The number of English and BM stream classes in every school would then depend on the demand from parents and students, not politicians. I firmly believe students will learn Science and Maths better when they are given the option of learning in the language of their preference.

riana Azmi said...

suatu waktu dulu saya pernah apply utk kursus mengajar bahasa inggeris tetapi ditolak. sangat frust!

Siti Nurmala Syed Azmi said...

Kasihan PAGE,

Usaha murni yang disalahertikan. Usaha murni untuk menafikan kedudukan BM dalam perlembagaan persekutuan artikel 152.

Teruskan usaha untuk mencacamerbakan generasi muda Malaysia. Supaya dengan usaha ini anda akan melihat jurang ekonomi yang sungguh dahsyat antara orang bandar dan luar bandar.

Pernah Datin Azimah kita ini ke luar bandar ? Ke hulu Sabah atau Sarawak? pernah mengikut kehidupan mereka yang terpisah sejak usia 5 tahun dengan ibu bapa semata-mata untuk ke sekolah?

Dan, dalam kedudukan itu tahukah apa yang menyatukan kanak-kanak kecil pelbagai bangsa ini bagi meleraikan rindu dan resah pada keluarga?

Bukan bahasa etnik jauh sekali bahasa Inggeris tetapi bahasa Melayu?

Jika usaha PAGE menghidupkan kembali PPSMI berjaya, tahniah dan kenanglah PAGE sebagai pengkhianat artikel 152, perlembagaan persekutuan.

Terima kasih.

acsing said...

If government revert back to teaching of Maths and Science in bahasa Melayu, then it leaves the people no choice. I am sorry.

Anonymous said...

Salam.

Hasrat PAGE itu bagus cuma tak kena tempat.

1. Masalah asal ialah lemah BI, bukan lemah Sains dan Matematik. Soalannya: adakah dgn mengajar S&M dalam BI, dapat menyelesaikan masalah lemah S&M. Saya tak faham, yg mana kepala, ekor. Kalau lemah BI, maka kena perbetulkanlah sistem pengajaran BI.

2. Sebelum maju, rakyat Jepun menimba ilmu dalam bahasa asing (bukan BI saja) tetapi mereka tak pula kata, oh, kalau nak maju, kenalah mengajar murid dalam bahasa asing. Mengapa mereka tak guna BI, misalnya pada waktu itu?

3. Pada pandangan mata kasar, ye Indonesia nampak mundur. Tapi cuba baca tulisan/buku mereka. Jangan terkejut. Kesarjanaan mereka jangan kita pandang rendah, adakalanya ilmu mereka mengatasi kita.

4. Negara Eropah, spt Perancis dan Jerman. Memang mereka akui tak dapat nak lawan kemajuan BI, tapi mereka tak pula nak tukar sistem pendidikan mereka dalam BI? Mereka belajar BI hanya dalam kelas BI saja. Tanya mereka kenapa tak tukar?

5. Semua kitab suci diturunkan dalam bahasa ibunda Nabi yang berkenaan. Kenapa tak sampaikan dalam bahasa asing?

6. Siapa kata kalau laksanakan PPSMI, tak bermakna anda tak patriotik? Patriotik bukan bermakna mempertahankan negara atau cinta akan negara semata-mata. Patriotik juga bereti cinta bahasa kebangsaan. Cinta yang bagaimana? Anda memang tak patriotik kalau di rumah pun tak cakap bahasa kebangsaan. Anda memang tak patriotik kalau memilih bahasa asing sbg bahasa perantaraan di sekolah.

7. Kesimpulan: Belajar BI tak salah tapi jangan menjadikan itu sbg bahasa perantaraan di sekolah. Contohi negara maju spt Jerman dan Perancis. Mereka pandai BI tapi kalau menulis, tentu saja dalam bahasa mereka. Bolehkah kita mencontohi mereka?

Anonymous said...

Saya ingin berkongsi pengalaman. Saya lahir 1963 dan sistem persekolahan sudah pun menggunakan sepenuhnya BM. Saya masuk UIAM yg bahasa pengantarnya BI. Saya tidak menghadapi masalah besar untuk menyesuaikan diri apabila semua buku rujukan dlm BI, termasuklah isu istilah. Mengapa? Sebab, asas BI saya kukuh. Belajar apa sahaja dlm BI tak akan menjadi masalah kalau asas BI kita sudah kukuh. Itu kuncinya.

Seperkara lagi, orang yg mempunyai cinta SEJATI terhadap bahasa kebangsaan, tidak akan bersikap spt PAGE. Kalau kita yakin akan sesuatu, pasti boleh. Kalau PAGE yakin untuk maju kita mesti belajar ilmu dlm BI, maka belajar dalam bahasa lain, memang tak boleh.

Saya yakin, ada banyak faktor lain, bukan BI semata-mata, untuk maju.

Saya gembira membaca komen di sini, ada pro dan kontra. Taklah asyik pro saja.

Anonymous said...

I think PAGE is doing a good job on this issue. As a parent, reverting to BM for these 2 subjects is a Giant Leap backwards.

Advances and innovative researches in science are done by westerners and this is a Fact! So, how are our next generation going to fully grasp and advance themselves in science if they have problem even understanding what these westerners are talking about.

The govt need to be realistic about this. Keep up the effort PAGE.

hah! said...

TAK SABAR RASANYA MENUNGGU PPSMI DIHAPUSKAN SEPENUHNYA..............BIAR PELAJAR MELAYU MAKIN FOBIA DGN BI!
KERAJAAN TENTU TAK BERANI MENJADIKAN BI WAJIB LULUS SPM!
Sebagai guru S&M, saya dapati pelajar mula nak 'mengasah lidah' untuk berBI semasa PPSMI masih dipertahankan kerajaan. Sekarang, tiada pelajar yang mahu berBI...........lantaklah kamu.......masuk U nanti (kalau dalam aliran sains lah!) baru kamu tahu siapa benar, siapa salah!

Anonymous said...

Tempat bercakaran rupanya kat sini.... lantak kau le...